Lately ni aku selalu je buka blog aku. Tengok. Uih lama dah aku tak update. Rasa nak update. Dah nak dua bulan. Tekan new post. Tulis something. Delete. Tulis lagi. Delete. Tulis lagi skali. Delete lagi skali. Lama-lama give up. Close window. Hampeh.
Entahlah. Aku sangat banyak benda nak tulis sebenarnya. Tapi bila buka blog, idea tu ada sangat banyak sampai tak tahu mana nak start. Then aku jadi blank.
Itulah. Kalau banyak sangat benda, tak kisah la apa-apa pun, mesti tak tahu mana nak pilih. Aku ada this bad habit. Kalau aku pergi shopping, kadang-kadang semua baju aku nak. Semua cantik-cantik. Tapi bila dah banyak sangat nak, terus tak jadi beli satu pun. Ada juga lah orang yang tak senang hati dengan habit aku ni. Dia macam annoying. Ya, aku pun rasa habit aku ni annoying. Assignment pon sama. Kalau banyak sangat, terus rasa malas nak buat sampai lah dekat due date. Aih. Aku sorang je ke yang ada habit ni?
By the way, sepanjang dua bulan duduk Adelaide ni, aku tak pernah rasa Adelaide best. Kedai tutup pukul lima kecuali Jumaat. (Semalam aku nak beli Subway untuk buka puasa kedai dah tutup! Memang sakit hati betul) Memang tempat yang ideal untuk study. Tapi hari Isnin hari tu, buat pertama kalinya aku rasa Adelaide ni happening. Sebab?
Royal Adelaide Show. It is an annual event. Dia ada rides, fashion show, bazaar, dan macam-macam lagi lah. Tempat dia memang sangat besar. Penat jalan. Duit pon banyak habis. Aku habis nearly $150. Kalau convert... oi shakira stop convert duit! But it was worth it. And banyak jumpa kawan baru! That is the best part. Bila jauh ngan family, kawan je yang kita boleh depend on. Oh, betapa aku rindu Malaysia. Aku rasa touchdown je bulan 12 (yeah tak sabar tunggu december!) nanti aku terus nak lahap McDonald's dan Char Kuey Teow.
Owh puasa pun dah nak habis. Cepat betul masa berlalu. Selamat berpuasa lagi berbelas-belas hari ni.
Dan kepada kawan-kawan yang nak fly ataupun dah fly semalam, aku sangat terkilan tak dapat jumpa sebelum kamu semua pergi. Selamat maju jaya di sana!
*
Aku nak upload gambar Royal Adelaide Show tapi internet macam bangang. Takpelah takde rezeki. Bye!